|
SPM 2009: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A |
|
Khamis, 11 Mac 2010 06:56 |
|

Pelajar Yayasan Islam Kelantan dari Mahaad Muhammadi Perempuan Kota Bahru, Habibah Hanan Mat Yusof, memperolehi 15A, 10A Plus. Beliau dikatakan antara pelajar terbaik SPM 2009 Malaysia. KOTA BAHRU, 11 Mac 2010: Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+.
Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A. Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A).
Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi. Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini.
Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan.
Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).
Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat. Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20). Sementara itu, Habibah Hanan (gambar) yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.
“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita. Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan.
Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru. Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu.
“Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya. Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A. |
|
Khamis, 11 Mac 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: Jawatankuasa Keutuhan Rohani Yayasan Islam Kelantan menganjurkan program kesedaran melibatkan semua kakitangan pada 26 Safar 1431H bersamaan 11 Februari 2010 di Musalla al azizi Sharif. Program yang bertajuk “Rasulullah Qudwah Sepanjang Hayat” itu telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Muhammad b. Daud, yang juga merupakan mantan Ketua Penolong Pengarah YIK.
Kupasan lebih menjurus kepada melahirkan generasi yang mampu mencontohi akhlak, tindakan dan perbuatan baginda s.a.w dalam semua aspek kehidupan. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah melibatkan pengurusan dan pentadbiran. Contoh yang merangkumi perhubungan dengan masyarakat, pergaulan dalam keluarga dan bagaimana untuk membina jatidiri suami dan isteri yang berkualiti. Kesemuanya dapat dilihat di dalam penampilan dan contoh yang telah ditunjukkan oleh baginda S.A.W. Selain itu Rasulullah s.a.w juga adalah seorang “Mu’allim”, yang membawa erti guru sebagaimana yang disebut “Sesungguhnya aku diutusakan sebagai guru”. Ybhgia. Dato’ turut menyentuh kaedah dan pendekatan yang dibawa oleh baginda s.a.w dalam menyampaikan pengajaran seperti dalam bentuk teka-teki dan sebagainya. Ini juga adalah asas-asas penting untuk dijadikan pengajaran dan panduan umat sepanjang zaman. Sebelum mengakhiri ceramahnya, beliau sempat menarik perhatian hadirin dengan membawa kisah suasana ujian kelaparan yang dihadapi oleh baginda s.a.w dan para sahabat. Keperitan hidup tergambar di dalam kisah sahabat yang membeli kasut untuk dipakai, dan sentiasa menjahitnya setiap kali terkoyak sehingga tiada lagi ruang untuk dibaiki. Lantaran ketiadaan makanan kasut daripada kulit yang tidak dapat lagi digunakan itu dimasak untuk dijadikan makanan. Program yang disertai semua kakitangan itu turut dihadiri Pengarah YIK, Timbalan-timbalan Pengarah dan pegawai-pegawai. |
|
Kursus Pendedahan Kompenan Sastera Bahasa Inggeris |
|
Selasa, 02 Mac 2010 00:00 |
|
Nilam Puri: Langkah memantapkan kemahiran guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris menarik perhatian serius Yayasan Islam Kelantan. Sehubungan dengan itu, Unit Kurikulum Umum dan Kokurikulum telah mengadakan Kursus Pendedahan Kompenan Sastera Bahasa Inggeris di Dewan Seminar YIK melibatkan 70 peserta dari guru-guru tingkatan 1 dan 4.
Kursus selama empat hari itu mendapat kerjasama Sektor Pengurusan Akademik, Unit Teknik, Vokasional dan Bahasa, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan. Antara jurulatih utama yang menjayakan kursus berkenaan ialah En. Mohd Najib b. Omar, Penyelia Bahasa Inggeris JPN, Puan Azalina bt Mohd Yusoff dari SMK Tengku Mohd Faris Petra, En Kumanan A/L Satthasiram, SMK Yahya Petra 1, Puan Hamidah bt Abd. Hamid @ Ayob dari SMK Batu Gajah dan En. Chua Hock Hua dari SMK Tengku Indera Petra 1. Tenaga jurulatih berkenaan adalah diantara guru-guru cemerlang 2008. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik Yayasan Islam Kelantan dan dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi terimakasih kepada Jabatan Pelajaran Kelantan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan untuk memajukan pencapaian akademik pelajar-pelajar di negeri ini. Beliau turut menaruh harapan agar kesinambungan kerjasama ini akan dapat diperkukuhkan dari masa ke semasa. Sementara itu Penolong Pengarah Kurikulum Umum dan Kokurikulum, En. Tarmizi Said berharap guru-guru yang terlibat dalam kursus ini dapat memanjangkan pengetahuan ini ke sekolah masing-masing melalui In – House training agar pelajar-pelajar YIK dapat bergerak seiring dalam perkembangan arus perdana. Selain itu beliau juga berharap bahasa Inggeris akan menjadi bahasa perantaraan dalam penyampaian maklumat dan komunikasi selain dari memartabatkan bahasa berkenaan dalam perhubungan dan perbincangan antara kaum. |
|
Hijrah dan keperluan menutup aurat |
|
Isnin, 01 Mac 2010 00:20 |
 Nilam Puri: Jawatankuasa Keutuhan Rohani mengadakan Ceramah Hijrah khusus kepada kakitangan wanita Yayasan Islam Kelantan pada 21 Januari 2010 di Dewan Seminar. Program yang cenderung kepada kesedaran dan pemantapan kefahaman semua kakitangan wanita ini menerima pengisian dari Hajjah Meriam bt . beliau yang pernah menjadi pengetua di Maahad Muhammadi Perempuan merupakan diantara penceramah yang tidak asing lagi dikalangan warga YIK. Dalam mengupas “Hijrah dan Keperluan Menutup Aurat”, beliau menggariskan aspek-aspek pemakaian dan tuntutan dan etika berpakaian dalam Islam yang merangkumi keadaan berpakaian wanita Islam sesama Islam, bersama bukan Islam. Beliau turut memberi penekanan kepada perlu setiap individu membersih jiwa, berasaskan ketaqwaan kepada Allah, di mana Taqwa adalah sebaik-baik pakaian. Usaha ini boleh dilaksanakan bersempena dengan semangat hijrah dengan berazam untuk memperbaiki segala kesilapan, berhijrah juga dengan erti bergerak ke keadaan yang lebih baik khususnya melibatkan masalah aurat dikalangan wanita. “Faktor pembersihan jiwa dan hati boleh menjadi penentu ke arah menguatkan lagi azam penghijrahan ini”, katanya.  Beliau turut menyentuh fenomena masa kini yang merekabentuk gaya dan fesyen rambut serta pemakaian seluar, menurut beliau, seluar boleh dipakai oleh kaum wanita sekiranya tidak ketak, nipis dan baju hendaklah dilabuhkan melebihi paras lutut. Begitu juga dengan trend memakai tudung yang tidak memenuhi justifikasi seperti tudul bawal sehingga mendedahkan sanggul dan leher. “Pengabaian kepada pematuhan etika berpakaian di kalangan wanita ini menjadi penyumbang besar kepada peningkatan kadar masalah social di kalangan remaja. Kaedah untuk membendung daripada gejala ini berleluasa hendaklah ditanggani bersama secara konsisten”, ujarnya.
Turut hadir dalam program berkenaan, Timbalan Pengarah (Akademik), Pn. Hajjah Che Zainah bt Ab. Lah.
|
|
|